Monday 22 August 2011

MAIN


SELAMAT DATANG KE ZON KEBEBASAN KEWANGAN
“Kebebasan Kewangan”?? Apakah sebenar maksudnya.   Ungkapan ini boleh didefinasikan kepada beberapa maksud yang berbeza di mana akhirnya mempunyai makna yang sama.
Dizaman yang pesat membangun dan saling bersaing ini tidak dinafikan sudah tentu ramai yang mengimpikan untuk memiliki satu struktur kewangan yang kukuh dan stabil.
Pernahkan anda terfikir di mana duit anda selama 3 tahun, 5 tahun atau 10 tahun anda dapat tiap-tiap bulan sepanjang anda bekerja?
Persolannya sekarang adakah ianya bertambah, habis ataupun tidak cukup-cukup lagi!!
Melangkah ke alam pekerjaan adalah titik permulaan bagi seseorang induvidu itu untuk mula mendalami aspek pengurusan kewangan..
Setiap induvidu yang berkerja boleh dibahagikan kepada 4 kategori dan mempunyai 2 pilihan yang khusus.  Cuba kita lihat pada jadual di bawah.


Kebanyakkan induvidu terpaksa mengorbankan salah 1 pilihan antara masa dan kewangan untuk meneruskan hidup.  Tapi persoalannya adakah ini di kira keselesaan dan kesempurnaan hidup yang kita cari? 

Di zaman serba canggih dan maju kini, tanpa wang adakah kita boleh terus hidup dan tanpa masa adakah kesejahteraan hidup dikecapi.  Dimanakah ketegori kita sekarang.  Berapa ramaikah induvidu yang mempunyai masa dan kewangan yang kukuh untuk masa hadapan?  Inilah unjuran utama Next Level Empire untuk setiap ahli komunitinya mempunyai masa dan mempunyai kewangan yang kukuh untuk masa hadapan..  

Sumber pendapatan boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu pendapatan aktif dan pendapatan pasif.
Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan aktif dan pasif??
a.    Pendapatan Aktif
Pendapatan yang kita perlu bekerja untuk mendapatakannya.  Contohnya ialah seperti kita bekerja seharian.  Kita akan menerima gaji pada setiap bulan.  Sekiranya kita tidak bekerja sudah tentu kita tidak memperolehi gaji atau pendapatan.

b.    Pendapatan Pasif
Pendapatan yang kita perolehi tanpa bekerja.  Sebagai contohnya seperti pelaburan, penulisan buku, agen takaful dan sebagainya.  Pendapatan ini boleh dijadikan sebagai sandaran sewaktu kita berada dalam kesulitan atau simpanan untuk masa hadapan.

Penjanaan pendapatan boleh dikategorikan kepada 4:


Sumber pendapatan aktif dijanakan melalui ‘self-employed & employed’ manakala pendapatan pasif pula dijanakan melalui ‘owner of bisness & investors’.

Tahukah anda kebanyakkan orang kaya di dunia adalah berasal dari keluarga yang miskin... Pernahkan anda terfikir bagaimana mereka boleh mengubah taraf hidup mereka?

Dari graf di atas kita dapat melihat bagaimana seorang jutawan menjana pendapatan harian mereka.  Jadi mempunyai pendapatan pasif akan membolehkan kita menjana kekayaan  tanpa perlu bekerja atau berniaga.



Semua Insan Berhak Berubah Menjadi kaya Termasuklah Diri Anda.  Menjadi kaya adalah satu proses ambil tahu bagaimana orang kaya bertambah kaya dan mengetahui mengapa orang miskin semakin dan masih di takuk yang lama....

Jadikan Kemiskinan Adalah Muka Surat Belakang Bagi KEKAYAAN Anda.....